TEMA
Tema pertandingan ini ialah Apresiasi Ekohidrologi Tasik dan Wetland. Subjek
pertandingan adalah seperti berikut:
i) Kategori Pelajar IPT dan Terbuka : Keindahan Tasik dan Wetland
Putrajaya; dan
ii) Kategori Pelajar Sekolah Rendah dan Menegah: Tumbuhan Wetland
Putrajaya.
PENYERTAAN
Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
Penyertaan terbahagi kepada empat (4) kategori, iaitu:-
i) Pelajar Sekolah Rendah (di bawah umur 13 tahun);
ii) Pelajar Sekolah Menegah (di bawah umur 18 tahun);
iii) Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (berumur antara 18 hingga 25 tahun –
sila sertakan kad pelajar sebagai bukti); dan
iv) Terbuka
Bengkel dan Pertandingan Fotografi berlangsung selama dua (2) hari. Bengkel
disediakan khusus untuk pelajar sekolah sahaja. Aturcara adalah seperti di
Lampiran A. Penghantaran gambar penyertaan adalah selewat-lewatnya pada
pukul 5.00 petang, 23 Februari 2013 (Sabtu).
SYARAT / GAMBAR
Gambar yang diambil pada hari pertandingan dan di lokasi yang ditetapkan
sahaja yang layak untuk dipertandingkan.
Peserta boleh menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan, tetapi hanya
layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
Satu (1) gambar hanya untuk satu (1) borang penyertaan sahaja.
Semua gambar mestilah dalam bentuk digital asal (saiz JPEG).
Tidak dibenarkan sebarang sentuhan digital menggunakan perisian komputer.
UNESCO-IHP ECOHYDROLOGY PROGRAMME
Bengkel dan Pertandingan Fotografi
sempena sambutan
Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Wetland Sedunia
23 & 24 Februari 2013 (Sabtu & Ahad)
di Taman Wetland & Sisiran Tasik Presint 2, 3 dan 4 PutrajayaHAK MILIK
Setiap gambar yang dikemukakan untuk pertandingan ini tidak akan dikembalikan
dan akan menjadi hak milik Perbadanan Putrajaya. Gambar-gambar tersebut juga
tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti komersial dan lain-lain pertandingan.
PENILAIAN
Setiap penyertaan yang tidak mematuhi syarat tidak akan dinilai.
Gambar pertandingan akan dinilai berdasarkan tema, komposisi, keaslian,
kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik.
Semua keputusan pengadil adalah muktamad.
YURAN PENYERTAAN & HADIAH
Yuran penyertaan dan hadiah adalah mengikut kategori pertandingan, iaitu:
Kategori Yuran
Penyertaan
Hadiah
Pelajar Sekolah
Rendah
Percuma Pertama
Kedua
Ketiga
10x Saguhati
: RM 200.00
: RM 150.00
: RM 100.00
: RM 50.00
Pelajar Sekolah
Menegah
Percuma Pertama
Kedua
Ketiga
10x Saguhati
: RM 300.00
: RM 200.00
: RM 100.00
: RM 50.00
Pelajar Institusi
Pengajian Tinggi
RM 10.00 Pertama
Kedua
Ketiga
3x Saguhati
: RM 1,000.00
: RM 500.00
: RM 300.00
: RM 100.00
Terbuka RM 20.00 Pertama
Kedua
Ketiga
3x Saguhati
: RM 2,000.00
: RM 1,000.00
: RM 500.00
: RM 100.00
- - Hadiah Khas Juri
3x Saguhati
: RM 200.00
: RM 100.00
Pelbagai barangan cabutan bertuah
Pengumuman pemenang dan acara penyampaian hadiah akan diadakan pada
24 Februari 2013 (Ahad).MAKANAN
• Makanan disediakan mengikut kategori berikut :-
Kategori Tarikh
23 Februari 2013 24 Februari 2013
Pelajar Sekolah Rendah
& Menengah
Sarapan pagi (nasi
lemak) dan makan
tengahari
Minum pagi sahaja.
Pelajar IPT & Terbuka Sarapan pagi (nasi
lemak) sahaja.
*Nota :
Peserta bebas mencari
sudut/lokasi terbaik
untuk mengambil
gambar selepas sesi
taklimat
Minum pagi sahaja.
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
Semua borang pendaftaran hendaklah dihantar selewatnya pada 18 Februari 2013
(Isnin), jam 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia Bengkel dan Pertandingan Fotografi
“Apresiasi Ekohidrologi Tasik & Wetland Putrajaya” di alamat seperti berikut:-
Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland, Jabatan Perancangan Bandar
u.p: Pn Noor Malini / Pn Noor Azlina
No tel : 03-8887 7605 / 7194, No faks : 03-8887 5027
Email : noor.malini@ppj.gov.my / noor.azlina@ppj.gov.my
No comments:
Post a Comment