Sunday, April 21, 2013

Peraduan Hari Ibu Bersama Majalah HARMONI

Majalah HARMONI
menganjurkan peraduan menulis esei Ibu Ratu Hatiku kepada para pembaca semua. Anda hanya perlu meluahkan rasa kasih terhadap ibu tercinta dan nyatakan keistimewaan, pengorbanan dan penghargaan ibu dalam mendidik anak-anak sehingga menjadi insan yang berguna. Panjang esei tidak lebih daripada 300 patah perkataan sahaja dan tarikh tutup penyertaan pada 15 Mei 2013. Hadiah istimewa menanti anda berupa wang tunai, hadiah percutian untuk dua orang, dua hamper, trofi dan hadiah iringan yang cukup menarik.  Dapatkan borang di dalam majalah Harmoni ataupun daripada facebook harmoni dan juga  muat turun di sini. Anda boleh menghantar esei melalui pos ataupun e-mel ke majalah.harmoni.uksb@gmail.com

No comments: