Sunday, September 9, 2012

cup cake kukus & muffin jagung kukus

dapt cr resepi cup cake yg tak payah mixer & bake,  saya cari resepi cup cake yang tak payah mixer n bakar  ni, nak memudahkan anak2  saya  untuk membuatnya, takut kalau mereka mixer, telur tak kembang & bakar cup cake jadi hangus, so lepas dpt cari so ask my daughter try .... ni dia resepi yg anak2 i semalam try buat punya," cup cake  kukus & muffin jagung kukus" tak sangka cup cake kukus sedap juga, simple n mudah, sesuai buat anak2 yang mahu memncuba buat cup cake, dapur pun tak bersepah, hehehehehe









Muffin Jagung kukus
( dapat dari resepi yg di kongsi oleh blog Ibu Najla, so i try n share juga ^_^)
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
1/2 sudu teh garam

Bahan B
1 cawan jagung krim dalam tin
1/2 cawan gula pasir ( yg nak manis boleh lah tambah gula)
1 cawan minyak masak
sebijik telur ( i ask my daughter pkl sampai putih,tak payah sampai kembang sangat, tak nak pkl pun boleh)

Cara membuat:

1) Ayak bahan A dan gaul dengan garam
2) Masukkan bahan B dan kacau rata
3) Masukkan ke dalam acuan kertas yang dah diletakkan dalam acuan pengukus
4) Panaskan kukusan sehingga mendidih
5) Kukus selama 25-30 minit dengan api yang besar
6) Sedia dihidangkan


BAHAN A (MILO CUP CAKE KUKUS) (resepi ni saya dapat dari blognya  (yatie's cooking)
1 cwn susu cair
1 cwn air
1 cwn butter cair (1/2 CAWAN BUTTER DI CAIRKAN)
2 cwn gula perang ( coz kat rumah tk de gula perang /i tukar gula castor)

( Semua BAHAN A digaul rata)

BAHAN B
2 cwn tepung serbaguna
1/2 cwn milo
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

( BAHAN B diayak)

BAHAN C
1 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan kukusan
2. BAHAN A dikacau rata
3. Masukkan BAHAN B & dikacau sebati
4. Masukkan BAHAN C & dikacau
5. Masukkan dlm paper cup & dikukus 15-20 minit (ataupun sampai cup cake naik/kembang ^_^ selmaat mencuba nak bubuh aising/topping ? ikut creatif sendiri ya ^_^

ni  resepi aising/topping cup cakenya ^_^

Bahan-bahan  icing/topping( utk 30 pcs cupcakes )

1/2 cwn shortening
()

1 sudu kecil esen vanilla
4 cwn gula icing (ayak)
2 sudu besar air.

Cara-cara
1. Pukul shortening hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul dengan kelajuan perlahan.

2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sampai habis dan pukul lagi sampai gebu. Lepas tu masukkan  air tadi. Pukul lagi sampai gebu dan putih.

3. Masukkan pewarna mengikut selera masing@ (guna pewarna serbuk) dalam bekas berasingan jika perlu.


No comments: