Monday, June 11, 2012

Melaka (Karnival Kelab Susu Ibu )

Karnival susu ibu Melaka akan diadakan pada 17 jun 2012, baca sini,i copy sedikit info dari Brainy (Byc) nak lebih bnyk info click :BYC

Berita baik untuk semua ibubapa di Melaka, Kelab Susu Ibu Melaka akan menganjurkan satu Karnival pada ketentuan berikut:-
Tarikh: 17 Jun 2012 (Ahad)
Masa: 9 pagi- 2 petang
Lokasi: Dewan Serbaguna Pantai Peringgit, Melaka


Semua di jemput hadir. Masuk adalah percuma.
—> Ceramah Penyusuan :
- Terdapat 2 slot ceramah yang akan diberikan oleh Dr Maimunah ( Pakar O&G ) dan Dr Teoh ( Pakar Pediatrik ) daripada Hospital Besar Melaka .
—>Untuk pertandingan melukis kanak-kanak ( 6-12 tahun ) , pre-register di perlukan . Pertandingan Melukis Kanak-kanak akan diadakan pada jam 9pagi . Pensil warna akan diberikan secara PERCUMA untuk kanak-kanak yang mendaftar. Untuk pre-register boleh email ke : kelabsusuibumelaka@gmail.com . Nyatakan nama anak dan umur .
—> Untuk pertandingan menukar lampin ( untuk bapa ) , pre-register juga diperlukan . Untuk pre-register boleh email ke : kelabsusuibumelaka@gmail.com . Nyatakan nama suami dan isteri .
—> Demostrasi mengenai babywearing , kebaikannya kepada ibu dan juga anak oleh Puan Neeza Zaini dari Neezaneedles (http://www.facebook.com/neezaneedles ).
—> Pelbagai booth menjual pelbagai jenis barangan – gadget breastfeeding , buku-buku mengenai parenting / penjagaan makanan untuk anak dan keluarga , nursing wear, cupcakes, cakes, desserts , assorted buns , pakaian ibu dan anak dan pelbagai lagi



1 comment:

Rainbow Sweet Dream said...

wow..thx...my bb till now maasih b'fest...